Saturday, April 5, 2014

Mawar Harimau (Tiger Rose).... ^_^

Hari ni Che Kie buka jer mata.. Tak ada apa nak buat.. Sempat juga lah membelek-belek pokok bunga kat taman yang sekangkang kera tue.. Dah seminggu tak sempat nak belek. Kalau pokok-pokok tue boleh menjerit.. Siang malam agak nyer dok memanggil tuan dier sebab lama tak bersembang.. Tetiba terpandang ler pokok bunga mawar yang Che Kie sempat sambar masa pergi berjimba kat Cameron Highland bulan lepas. Yang Che Kie berkenan sangat tue sebab bunga dier tu yang berbelang-belang.. Spesis "Tiger Rose" kata nyer. Sambil terbelek-belek pokok yang ader 3 kuntum bunga tue. Ayat pertama yang Che Kie tanyer dah sah-sah bab mahu ker hidup kat bawah dalam cuaca panas ala2 sahara sekarang nie. Tahan lasak kata nyer. Tawakal jer lah kannn.. Maka melayang ler RM14 duit Che Kie masuk dalam poket Tauke pokok tue.. Sebelum pokok tue menjadi "kenangan" maka sempat ler juga Che Kie snap gambar bunga tue.. Hu3. Buat sedapkan hati. Hu3..

Bunga asal mula-mula beli.
Tapi bila dah sebulan Che Kie dah pindah masuk pasu besar nampak nyer daun pokok takder ler pulak yang gugur. Elok jer subur. Daun pun hijau berkilat. Nasib ler taman astakona Che Kie nie ader pokok Kuinin yang merimbun. Dapat ler jugak dier tumpang berteduh kat bawah tu. 



Pokok sekarang.
Sekarang nie teruja ler pulak Che Kie biler dah tengok ader kuntum bunga baru dah keluar lepas Che Kie potong bunga yang lama. Maner ler tahu kan beli hari tue elok jer berbelang tetiba keluar yang baru kot bertompok pulak bak harimau bintang. 


Satu Permulaan...

Lama benar blog ni tersadai... Setelah sekian lama.. Baru nak teringat Che Kie ni ada blog rupanya.. Sampai Che Kie sendiri pun dah lupa password.. Mungkin tahun ni baru datang aura nak menaip segala... Padahal kemalasan tu macam dok ikut jer kat belakang Che Kie... Hu3..